Thursday, December 23, 2010

SARANG BUAYA PASIR GUDANG

Last Dec2010,curi2 masa untuk bawa anak2 and anak2 buah berjalan di area PGudang...so I decided to bring them to "SARANG BUAYA PASIR GUDANG". Located at Tanjung Langsat di tengah2 kesibukan kawasan Industri Pasir Gudang dan Pelabuhan Tg Langsat...Tiket hanya Rm3 utk budak2 sekolah and Rm4 utk dewasa...so boleh sesangatlah bawak budak2 tu jalan2...yg penting dapat pengetahuan tentang haiwan dan alam semulajadi...so this is the information given by the staff there.

Terdapat 23 spesies buaya di dunia. Di Malaysia cuma ada 2 saja iaitu buaya tembaga dan buaya julung2 (muncung yg panjang)...so no such thing as buaya katak .....buaya darat tu memang adalah..he3x.
Buaya yg terbuas di dunia adalah buaya tembaga...hahhh buaya nilah yg banyak di Malaysia !!! Buaya ada 66 batang gigi. 36 di atas dan 30 di bawah.Buaya tiada lidah...buaya hanya telan mangsanya....so the reason why buaya selalu membuka mulutnya...salah satu sebabnya ialah untuk proses penghadaman,tabiat semulajadi dan mengurangkan penghidratan dalam badan.Panjang buaya selepas menetas ialah sepanjang pembaris pendek sekolah...lepas tu dia akan memanjang 1 kaki setiap tahun.....sampai tahap matang...(tak ingat bila umur matang buaya lah)...Buaya yg paling panjang pernah dijumpai di Malaysia ialah 24 kaki.
Kat mana lagi kalau tak kat Sarawak...Org yang bagi expanation ni dia sedang basuh kandang buaya...punyalah ngeri...dia kata org yg dok bersihkan ni mestilah org yg kurus (tidak melebihi 70kgs so dia boleh cepat bertindak kalau buaya menyerang)...gulp!!! tertelan air liur beta...
Secara kesuluruhannya...tempat ni OK walaupun banyak yg sedang dlm developement..bawak anak2 yee...

Wednesday, December 22, 2010

A TRIP TO GUA TEMPURUNG & CAMERON HIGHLAND

Last Dec 2010, with last minute plan, we had gone to Perak to visit Mok Meng(sis in law)...Tak ada plan nak pergi mana2 except for staying at Mok Meng's house...We departed fr JB on Friday @ 1pm and reached Ipoh Perak around 8pm...Wahh...besar sungguh rumah Mok Meng yg baru ni...1/4 ekar, bangalow house tepi Ipoh airport with swimming pool...seronoklah anak2 aku berendam...Mok Meng memang best...asyik jamu makan dan makan dan makan...duduk Perak 3 hari boleh naik 3 kg!!!! Pengsan!!! She had planned for us...so we went to Cameron Hland on Sunday and Gua Tempurung on Monday..(Maal Hijrah masuk dalam gua pulak dahhh)...Tapi it's a very tremendous experience, terpukau with Allah's creations...fuhh tak terkata dengan kata2 once I entered the cave...Next visit to Perak nak bawak anak2 pergi rafting pulak lah...biar anak2 expose dengan nature....such a nice experience!!

Wednesday, November 10, 2010

DEMAM DENGGI

Tahun 2010 Ekhwan(July) dan Baba(Oktober) di serang demam denggi. Pasir Gudang one of the hottest place yang dicemari wabak ni...Myself especially a bit worry cause 2 of our family members kena...Keliling rumah dan dalam rumah kami make sure clean....but our neighbouring also must do the same..... Gambar ni masa Ekhwan warded at Puteri Specialist (Admitted for 6 days).
 I need to share this info, platlet darah akan menurun semasa u baik demam. So kalau demam dengan sengal2 badan...denggi lah tu..and bila dah baik demam u jangan ingat dah ok...masa tu lah wabak ni "menyerang". Thru experience makan soup ketam, jus jambu batu &100plus yang sudah dididihkan...BEWARE OF DENGUE!!   Gambar di bawah adalah my hubby yg admitted di Johor Specialist (5 days warded)...memang nampak sihat...siap boleh ngeteh kedai mamak kat bawah...but the germs are in his body working!! Treatment yg hospital agi ialah masuk air and pil demam.So drink a lot of plain water. Saja amik gambar hall (Premier West Wing) to my hubby's room...such a sweet colour. Sempat jugak!!!

Monday, October 25, 2010

DAH LAMA TAK JENGUK

Salam buat diri sendiri and semua para sahabat...well dah hampir 6 bulan tak tulis blog ni..apa dah jadik aku pun tak tahu...sibuk!!..itulah reason yg paling senang dibuat dan senang diterima org..Betul ke aku ni sibuk...(mata hitam dah naik atas ni..berfikirlah kononnya)...Ye mungkin juga...Set up my new company = MID VILL SUPPLIERS AND SERVICES. Mid Vill adalah nama kampung aku ie Kampung Tengah (Middle Village)...so singkatannya ialah Mid Vill...He3x..Company ni aku bukak last year tapi sekadar suka2..for hampers and supply of kerepek all over Semenanjung Malaysia...Di hari pertama aku duduk kat rumah, customer lama call suruh aku buat business logistics...baru nak rehat...tapi peluang dah ada aku buat jugaklah...so dah hampir 4 bulan aku bukak business ni...Alhamdulillah rezeki boleh tahan jugak...tu lah baru nak lari dr alam shipping dan marketing...tp inilah "aku" yg tak boleh lari dari hakikat..byk perkara yg berlaku dlm masa 6 bulan ni...Amar Ekhwan demam denggi & warded at Puteri Specialist for 5 days..Bulan Puasa & Raya seperti biasa Selling kerepek, kuih raya and hampers...tak menang tangan dibuatnya. I ll try me level best to update this blog from time to time..Rasanya byk bende yg aku nak share dengan u all semua...Till then Adios Amigos..

Thursday, May 20, 2010

MENGHITUNG HARI-HARI DI EM SHIPIING S/B

Salam.Sudah hampir 1 bulan 21 hari saya meletakkan jawatan di EM Shpg tetapi terpaksa menunggu saat2 dilepaskan...Notis untuk saya adalah 3 bulan...Most of the duties/tasks/customers introduction had been released/completed and now waiting for the Management to release me....by right for someone which related more to the company's P&C matters and marketing, they normally will release within a short time period....@ 24 hours!! The best part is - still being paid...;).
This morning, my President's secretary had called me and highlight that Mgt may release me earlier....bestnya!! Now waiting for my VP Madam Doris to call me. Wow I had served this company for 9 solid years. Starting with Customer Service in 2001, I had been promoted to Branch Manager in 2005. Such a challenge job..in term of competing with Chinese market and to deal with staff which are my closest friends before. Not everyone can accept me but as times goes by alhamdulillah everything turns up to be fine and harmony.....But things had been changed eversince this incident..........will continue in the next entry...adios amigos!

Tuesday, May 11, 2010

"PENSIL" YANG MENYAYAT HATI


Salam. Hari minggu yang "sedikit" membosankan...sebab...baba need to work on Saturday and Sunday till night due to "liftings"...Well sape2 husband yang bekerja dalam dunia oil and gas sama juga macam bekerja sebagai tentera / nelayan...selalu kena tinggal.. selalu pergi operasi and offshore (ke laut) macam juga tentera & nelayan.Anyway, our kids and myself are used to it already.
Dalam kebosanan mengisi waktu, tekan2 remote control, tertengok filem "pensil" arahan Allayarhamah Yasmin Ahmad...How I adored Yasmin Ahmad's movies.....and this one is not an acceptional as well. "Pensil" menceritakan seorg pemuda cacat yg di jaga oleh ibu tirinya...puas di dera tetapi dlm masa yg sama mencari duit dengan menjual kerepek untuk menyara kehidupan mereka berdua. Ayah & ibu kandungnya(isteri ke 2) meninggal dunia kerana kemalangan semasa mencari ubat untuk pemuda itu ketika kecil..itu yg membuatkan ibu tirinya memanggil dia "penbunuh".Yang menyedihkan saya, dia difitnah oleh adik kepada ibu tirinya mencuri duit dan menjaja cerita diseluruh kampung yang dia adalah pencuri...walhal dia menggunakan tenaganya untuk mencari rezeki yang halal...Kenapa filem ini dinamakan pensil?? Ini adalah kerana pemuda itu suka melukis dan diakhir cerita, nenek tirinya (yang selalu memberi semangat dan sangat sayang padanya) menyuruh pemuda itu ke KL untuk mengubah nasibnya..Semua cerita Yasmin menyuruh kita membuat "conclusion", mengajak penonton berfikir apa yg akan terjadi seterusnya.Saya menangis hampir dikeseluruhan cerita ini...Kenapa?..kerana saya sungguh terharu kenapa segelintir masyarakat kita terlalu kejam menghukum orang yg cacat seperti itu....sedangkan yg cacat difitnah sedemikian rupa apatah lagi orang biasa seperti kita.Sesungguhnya cerita ini menyentuh jiwa saya...Semoga saya tidak tergolong dlm golongan yg sekejam itu, umpama obor2 dan bisanya.Insyallah.

Sunday, May 9, 2010

MORE PHOTOS IN HH ON 1ST MAY 2010




Gambar-gambar yang di ambil secara "professional" dengan Nokia E71 ku....

BIRTHDAY / ANNIVERSARY PARTY AT HORIZON HILL



Salam.As mentioned in my previous N3, we had planned to celebrate Naziff's birthday and Abg Az's 17th Anniversary at HH on 1st May 2010...Eddie & Niza had invited all the adik-beradik to join together and had BBQ of sate,ikan bakar,otak2 and fruits(sponsored by Niza and Co) on top of nasi ayam,mee hoon,nasi impit,murtabak,sosage,burger,popia and cake (produced by Eddie & Co)....rezeki melimpah ruah and theres goes my diet.....yum yum yum.....:P...Speacial guets are Mak Ton, Abah Mansor,Yani, Irfan. Oya (bday girl) and baby Irshad.
Actually I am not feeling well that day so I reached HH ard 5pm.When I reached there Hakim already standby to throw me the ballons contains of water...nasib baik dengan suara yg memang lantang and kuat...nobody dares to throw to aunty na...hah3x nasib baik.....
Well we did enjoyed the reunion party...Plan to have another reunion in June on abah bday.....makan lagi..........

Wednesday, April 28, 2010

HAPPY 7TH BIRTHDAY MY LITTLE MONSTER (27/04)




Happy Birthday Naziff!! He had been counting days since 1 week before his birthday and I had to bought him his presents in advance (colour pencils and pencil box) 3 days before his birthday!! We plan to celebrate his birthday in Kluang but since my brother Eddie requested us to celebrate it at Horizon Hill, we will celebrate Naziff's birthday and "17th Anniversary" of Abang Az on 1st May 2010 at Eddie's home. Anyway we had makan-makan at Kentucky Fried Chicken on that day...Well baba...dont forget to buy presents for Naziff yaa.....

Saturday, April 24, 2010

KERJAYA BARU SEBAGAI SURIRUMAH


Salam everybody (Perasan ramai followers..Ha3x)...A bit sleepy but feel like writing. After few months of considering whether to live my career, I had tendered my Resignation as Branch Manager in EM Shipping Sdn Bhd after 9 solid years of service on 1st April 2010. Most of my friends had questioned me why should I resign since I have no problems handling the Branch..Well indeed it's 1/2 true but I had promised myself to be on my own and more concentrate to my family. (Why I put 1/2?? It will be in another episode)....:P
Ini merupakan 1 pengorbanan yang sangat besar pernah saya buat dalam hidup, tetapi demi anak2 saya sanggup lakukan apa saja
. Saya perlu fokus lebih untuk pelajaran anak2. Saya tahu anak2 perlukan "the presence of the mother" bila mereka pulang dari sekolah. They want their Ibu to be a good listener, shoulder to cry on and always be on their side whenever they need. Satu kelemahan saya adalah saya lebih ke arah "direct to the point".Mungkin disebabkan oleh kerjaya saya yang memerlukan "drastic action"..kata orang Cina "Kan Cung".
Contohnya anak ke dua saya suka bercerita dari A hingga Z...Mukadimmah dia saja sudah membuat saya "kurang sabar"...I need a lot of "practise" & "patience"..Realize it's gonna be a tough journey for me.....

Saturday, April 17, 2010

HAPPY BIRTHDAY BABA - 13/04/2010

Salam.April month is the "BirthdayMonth" in our family....my hubby (13/04) and our little monster, Naziff (27/04)..Dah lama we all tak keluar bersama-sama during weekdays disebabkan dengan scholl days and tuition classes Ekhwan,Kamilia and Naziff....So myself and hubby memang sibuk take turns to send and fetch the kids..

Last 13/04/2010, we had to "allow" Kamilia to "ponteng" her class. Hujan turun dengan lebatnya dari jam 5pm till 730pm...Alhamdulillah right after Maghrib gerimis mengunjung tiba..So out we go to celebrate Baba's birthday at " Kampung Pasir Putih Seafood Resaurant"..(Choice of M.Naziff yang suka sangat makan Ikan Siakap).We had ordered Siakap Kukus, Sotong Masak Kentucky (Ekhwan's request), Pari Bakar, Telur Bungkus (My choice) and Kangkung (Kamilia's favourite). We really enjoyed ourselves and ate until nothing left!!!...It was indeed the most quality time we spent together and of course theres goes my diet....Naziff birthday will come soon..but as per request from Tok Bak, we will celebrate his birthday in Kluang.Insyallah. Till we meet in the next N3...VALUE YOUR FAMILY AND HAVE QUALITY TIME WITH THEM.Adios amigos!!

Thursday, March 11, 2010

APA YANG KITA CARI DALAM HIDUP

Salam.
Alhamdulillah di waktu yg singkat ni saya merasa untuk menulis..Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya kebelakangan ini..Kadang2 terfikir apa yang hendak saya cari dalam hidup.Kerjaya sudah saya genggam di depan mata..tetapi tiada kepuasan langsung dalam hati ini...Saya banyak bersolat istiharah dan hajat, mohon pada Allah,tunjukkan pada saya apa yang perlu saya tuju. Apa yang berlaku, apabila saya berada di rumah, melayan kerenah anak2 dan suami, belajar bersama anak2...saya merasa sungguh bahagia..bahagia yg saya sendiri tidak dapat gambarkan....Adakah ini yang ditunjukkan oleh Allah kepada saya untuk memulakan sesuatu yang dianggap "rugi" oleh orang lain??
Ya Allah aku bersyukur kepada Mu kerana memberikan sedikit hidayatmu. Berikan aku petunjuk dan bimbinglah aku dan keluargaku ke jalan mu Ya Allah. Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya.Aku hanya hambumu yang daif namun aku bersyukur denan segala yang kau telah berikan padaku. Alhamdulillah. Semoga aku menjadi insan yang Solehah.

Wednesday, February 24, 2010

MY BELOVED FAMILY

Salam buat semua....Rasanya hari ni saya nak bercerita tentang family saya. Kami berasal dr Kg Tengah Kluang,JOhor. Abah seorang pesara guru dan pegawai tentera dan mak adalah full housewife yg hobinya semasa muda memasak bermcm2 jenis lauk pauk,kuih muih, candy dan ice cream....mak memang the best cook in the world!! My eldest brother Sheikh Mahathir yang bertemu jodoh dgn Siti Salbiah dikurniakan 3 cahayamata, Emma/Peanut & Faris...Abg Long ktaorg ni mmg terkenal dgn "The man who alwiz lost"...pergi mana2 out from Kluang...sure sesat punya..APA DAH JADIK ABG LONG OIIII..Abg Ngah - Mohd Azlan yg tak disangka2 mengurat my classmate in primary school Hazlina dikurniakan 3 Charlies Angels - Rina,Opie and Biha@Fasha Sandha....Biha ni bab2 melawa dan berangan bagilah kat dia..myself with my BELOVED hubby - Abu Bakar Hassan, dianugerahkan 4 cahayamata - M.Amir Ershad & M.Amar Ekhwan(kembar), Nurkamilia Izzati & M.Naziff..Namun Ershad telah dulu menyahut seruan Illahi sems umurnya 4 tahun...dugaan maha hebat yg pernh saya lalui....Last but not least Eddie n Niza with 3 muskitiersnya Fira, Hakim n Hafiy....
Kami hidup serba sederhana dan mak & abah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang & displin. Mak Abah, we love you so much,you are the best..you will always be....

PHOTOS IN HORIZON HILL




Saturday, February 20, 2010

CHINESE NEW YEAR HALS AT "HORIZON HILLS"

Salam....it's quite a long time I didnt update my blog..even Linda, (my mentorlah) asked me why I didnt write....APA DAH JADIK ANA OIIII....well....need to find suitable time and mood to bloglah... :P
Last CNY, we stayed at my brother's house Eddie in Horizon Hills - "The Golf"...it's a very nice big house located in Perling Area nearby Nusajaya and Jaya Jusco Bukit Indah...We went there on Saturday @ 13/2 till 15/2 to join the "Tahlil" and solat zohor on 14th.Alhamdulillah eventhough Eddie and Niza only invited their closest relatives, enough to fill the 'jemaah'...Alhamdulillah...
Anyway I felt so happy to have chance to gather with Mak/Abah, Abang/Sal, Abg Az/Lin ,Eddie/Niza and all my nieces and nephews.....Can't forget watching "Santau" using the projector...really scary..(I hate watching horror movies)....
Last but not least I love you all.....May Allah bless us in whatever we do...
(Photos to attach laterlah...Linda I need your help!!! he he he)

Sunday, January 17, 2010

JANJI OH JANJI......

Salam buat semua...semalam hari Ahad yg sgt memenatkan...biasalah mengemas, melipat baju dan mengadap anak2 belajar...Along.Amil and Ajiff....itu azam aku 2010, nak lebih kepada anak2 and stop bringing back my office work and reading emails at home....so far Alhamdulillah....masih dapat bertahan. "Ya Allah kuatkanlah azam hambaMu ini......"
Menjadi routine aku dan suami (baba) untuk breakfast berdua pada hujung minggu..anak2 sambung tido selepas solat subuh and seawal pukul 7 pagi aku dan suami dah "tercongok" di kedai makan...Dah 16 tahun berkahwin, well masa "berdua2an" perlu diteruskan..ya kan baba...I luv u forever beb....muahhh..
Talking about "janji"...yesterday I promised Amil to go to Toko Ariss to buy some revision books for maths ard 11.30am after she finished her homework....tup tup sakit kepala pulak...so I told her that I want to take rest for a while...sedar2 dah Zohor, baba/ajiff and along pun tertidur sama...left amil yg sedang ambil wuduk coz she's having tuition class at 3.30pm.She came to me and hold my hand and asked me "Ibu kalau amil tanya jgn marah yee..." jadik ke kita nak keluar beli buku?...hiba dan pilu hati aku...anak bertanya sedemikian rupa ,takut ibunya marah...padahal ibunya yg berjanji...So aku bangkit segera, solat dan keluar bersama2 amil menunaikan janjiku...Amil gembira aku juga gembira...Feel good about it...Semoga aku jadi insan yg cemerlang and berjaya dunia dan akhirat...Amin.

Wednesday, January 6, 2010

Tahun Baru 2010 - Azam baru ke??

Salam....Alhamdulillah kejam celik kejam celik sudah masuk kita ke tahun 2010...Anak2dah mula bersekolah dan ibu bapa masing2 pening memikirkan "pelaburan" yg sudah dikeluarkan....Yg mana company bagi bonus tu selamatlah sikit...yg masih diawang-awangan....dinasihatkan janganlah berangan...:)
Pengalaman membeli baju sekolah anak2,bayar yuran sekolah rendah/menengah & agama mmg routine tahunan...Kira punya kira menghampiri Rm1500 berbelanja untuk 3 org anak..Tak bolen merungut pasal dah tanggungjawab kita sebg ibu dan bapa...Jadik anak2 sekelian kenanglah susah payah ibu & ayah yee..belajarlah sungguh2...jangan ingat main saja.
Al kisah bayaran yuran ni, saya nk share satu cerita yg boleh dijadikkan iktibar kita bersama..Sems sy menunggu giliran membayar yuran sekolah agama,adalah seorg ibu yg merayu kpd cikgu utk megurangkan apa2 bayaran/kitab yg "tak patut"...membebel sampai 1 dewan boleh dengar..eish3x...segan sy bila seorg ibu bersikap mcm tu depan org ramai...tetapi...dlm "kesibukan" dia membebel tu mk terselaklah lengan bajunya yg menunjukkan deretan ke siku gelang emas yg bekilauan....waduhhh kalau gelang boleh dibeli kenapa tidak kitab??..Cuba fikirkan bersama apa kepentingan dlm hidup kita....Apa Dah Jadik....