Tuesday, May 11, 2010

"PENSIL" YANG MENYAYAT HATI


Salam. Hari minggu yang "sedikit" membosankan...sebab...baba need to work on Saturday and Sunday till night due to "liftings"...Well sape2 husband yang bekerja dalam dunia oil and gas sama juga macam bekerja sebagai tentera / nelayan...selalu kena tinggal.. selalu pergi operasi and offshore (ke laut) macam juga tentera & nelayan.Anyway, our kids and myself are used to it already.
Dalam kebosanan mengisi waktu, tekan2 remote control, tertengok filem "pensil" arahan Allayarhamah Yasmin Ahmad...How I adored Yasmin Ahmad's movies.....and this one is not an acceptional as well. "Pensil" menceritakan seorg pemuda cacat yg di jaga oleh ibu tirinya...puas di dera tetapi dlm masa yg sama mencari duit dengan menjual kerepek untuk menyara kehidupan mereka berdua. Ayah & ibu kandungnya(isteri ke 2) meninggal dunia kerana kemalangan semasa mencari ubat untuk pemuda itu ketika kecil..itu yg membuatkan ibu tirinya memanggil dia "penbunuh".Yang menyedihkan saya, dia difitnah oleh adik kepada ibu tirinya mencuri duit dan menjaja cerita diseluruh kampung yang dia adalah pencuri...walhal dia menggunakan tenaganya untuk mencari rezeki yang halal...Kenapa filem ini dinamakan pensil?? Ini adalah kerana pemuda itu suka melukis dan diakhir cerita, nenek tirinya (yang selalu memberi semangat dan sangat sayang padanya) menyuruh pemuda itu ke KL untuk mengubah nasibnya..Semua cerita Yasmin menyuruh kita membuat "conclusion", mengajak penonton berfikir apa yg akan terjadi seterusnya.Saya menangis hampir dikeseluruhan cerita ini...Kenapa?..kerana saya sungguh terharu kenapa segelintir masyarakat kita terlalu kejam menghukum orang yg cacat seperti itu....sedangkan yg cacat difitnah sedemikian rupa apatah lagi orang biasa seperti kita.Sesungguhnya cerita ini menyentuh jiwa saya...Semoga saya tidak tergolong dlm golongan yg sekejam itu, umpama obor2 dan bisanya.Insyallah.

No comments:

Post a Comment