Thursday, March 11, 2010

APA YANG KITA CARI DALAM HIDUP

Salam.
Alhamdulillah di waktu yg singkat ni saya merasa untuk menulis..Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya kebelakangan ini..Kadang2 terfikir apa yang hendak saya cari dalam hidup.Kerjaya sudah saya genggam di depan mata..tetapi tiada kepuasan langsung dalam hati ini...Saya banyak bersolat istiharah dan hajat, mohon pada Allah,tunjukkan pada saya apa yang perlu saya tuju. Apa yang berlaku, apabila saya berada di rumah, melayan kerenah anak2 dan suami, belajar bersama anak2...saya merasa sungguh bahagia..bahagia yg saya sendiri tidak dapat gambarkan....Adakah ini yang ditunjukkan oleh Allah kepada saya untuk memulakan sesuatu yang dianggap "rugi" oleh orang lain??
Ya Allah aku bersyukur kepada Mu kerana memberikan sedikit hidayatmu. Berikan aku petunjuk dan bimbinglah aku dan keluargaku ke jalan mu Ya Allah. Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya.Aku hanya hambumu yang daif namun aku bersyukur denan segala yang kau telah berikan padaku. Alhamdulillah. Semoga aku menjadi insan yang Solehah.